ROBOT PENERAJU MASA DEPAN


•Pada zaman serba moden ini,kudrat manusia semakin kurang digunakan kerana banyak skop pekerjaan diganti dengan robot yang dicipta manusia,khususnya untuk kegunaan sektor perindustrian dan membantu kerja berat terutamanya dalam industri perkilangan.Perkembangan dunia robotic bermula dengan terhasilnye sebuah robot industri yang dinamakan Unimates pada era 60-an oleh pereka barat,George Devol dan Joe Engelberger.Unimates diaplikasi bagi membentu kerja pemindahan perkakasan terutama dalam sektor industri.
Dengan berasaskan teknologi Unimates,dunia robotik bidang perindustrian semakin berkembang apabila Joe Engelberger berjaya menghasilkan Unimation sekali gus dinobatkan sebagai bapa robotic berikutan kejayaannya sebagai perintis pemasaran robot. Bagaimanapun,dengan arus kemodenan dan kemajuan teknologi terkini,robot bukan sahaja digunakan secara meluas dalam sector perindustrian,perkilangan,mengendalikan kerja berat atau bidang ketenteraan.Malah kini sudah ada usaha untuk melahirkan robot yang mempunyai perasaan tidak ubah seperti manusia.
Bagi masyarakat di Barat dan Jepun yang mana kedua-duanya menjadi negara paling maju dalam industri robotik,penggunaan robot bukan sekadar membantu meringankan beban kerja tetapi juga untuk dijadikan teman bermain.
Malah lebih menakjubkan robot kini bukan sekadar rangka besi,sebaliknya sudah ada yang benar-benar menyerupai seiras dengan manusia.
Kemajuan teknologi robotik semakin ketara,termasuk membabitkan robot haiwan.Kini robot dicipta bagi membolehkan ia menguasai tindakan sendiri tanpa memerlukan arahan atau kawalan.Ia penting bagi membolehkan robot melakukan kerja fizikal yang memerlukan kawalan aktif dan memberi maklum balas pada keadaan tertentu.
Tidak keterlaluan dikatakan, teknologi robotik boleh dinobatkan sebagai antara ciptaan manusia paling agung apatah lagi ia membabitkan penciptaan manusia klon.
Dengan kecanggihan teknologi robotik,mungkin satu hari nanti tenaga manusia tidak lagi digunakan sama ada dalam bidang perindustrian mahupun ketenteraankerana semuanya diambil alih robot.
Teknologi robotic kini turut diguna pakai dalam bidang perubatan.
Malaysia mencatat sejarah perubatan negara apabila Hospital Kuala Lumpur (HKL)
Menjadi hospital pertama didunia yang menggunakan robot untuk melakukan pembedahan mikro atau insisi lubang kunci berukuran 8- 12mm bagi membuangsel kanser.
HKL juga mengharumkan nama Malaysia selepas muncul hospital pertama didunia menjalankan pembedahan pembuangan batu karang dari buah pinggang menggunakan robot menerusi kaedah pembedahan Robotik Sistem da Vinci membabitkan 3 komponen utama iaitu robot yang mempunyai 3 tangan,komputer berskrin tiga dimensi dan penganalisis imej.
Ujian terkini dalam teknologi robotik ialah keatas robot bersayap yang mengeksploitasi teknologi biomimicry. Walaupunia masih pada peringkat awal, teknologi seperti nanomotor dan wayar pintar dijangka dapat meningkatkan lagi kecekapan industri penerbangan dan aeroangkasa.

0 comments: